Tanda-tanda Penyakit

Kenali Tanda Rabun

Sebagai ibu bapa, guru atau penjaga, kita seharusnya peka dengan tabiat penglihatan anak-anak supaya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi termasuk keluhan dari anak-anak yang kadangkala memberi petunjuk tentang tahap penglihatan mereka.

Antara tanda-tanda kabur penglihatan yang dapat dikesan
1. Kedudukan kepala yang abnormal (kepala senget/teleng) ketika memfokus contohnya ketika menonton televisyen dan membaca.
2. Juling
3. Membaca atau menulis pada jarak yang sangat dekat antara muka dan bahan bacaan.
4. Kesilapan atau lambat menyalin apa yang ditulis oleh guru di papan hitam/putih.
5. Kerap meniru kawan di sebelah berbanding menyalin dari papan hitam/putih atau lebih gemar mendekati papan hitam/putih jika diarahkan menyalin.
6. Gemar menonton televisyen pada jarak yang dekat. Jika dijauhkan dari televisyen, anak gemar mengecilkan mata untuk memfokus.
7. Selalu menggosok mata walaupun bukan ketika mengantuk dan kerap mengerdipkan mata.
8. Sensitif terhadap cahaya.
9. Mata kerap berair secara berlebihan.
10. Gemar menutup sebelah mata ketika memfokus contohnya ketika membaca atau menonton televisyen.
11. Mengelak atau tidak gemar dengan aktiviti dekat seperti mewarna dan membaca atau aktiviti jauh seperti bermain bola.
12. Kerap mengadu sakit kepala atau mata sakit/penat.
13. Sukar menganggar jarak.
14. Mengadu melihat objek menjadi dua(double vision.)

Kenali Tanda Katarak

Katarak ialah suatu keadaan di mana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Masalah ini disebabkan daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.

Katarak perlu dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton TV. Di peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak akan menyebabkan kerosakan jangka panjang pada mata atau membuatkan pembedahan menjadi sukar.

Anda Dan Gejala Ketarak
1. Kabur penglihatan tanpa rasa sakit
2. Silau (lampu kereta, cahaya lampu atau cahaya matahari kelihatan sangat terang).
3. Kerap menukar preskripsi cermin mata.
4. Penglihatan berganda pada sebelah mata.
5. Rabun ayam (malam)
6. Warna kelihatan pudar
7. Langkah menghindar katarak.
8. Pemakanan yang seimbang
9 Senaman yang berkala (boleh menurunkan tahap gula dalam darah)
10.Diabetes terkawal
11.Mengamati isi kandungan, terutama ubatan tradisional yang mungkin mengandungi steroid.
12.Lindungi mata anda dengan penggunaan kacamata hitam yang mempunyai perlindungan UV.
13.Lindungi mata dengan alat pelindung mata apabila melakukan aktiviti bahaya (memaku, membawa bahan kimia dan lain-lain)

Kenali Tanda Glaukoma

Menurut Pakar Mata Glaukoma, Jabatan Oftalmologi Hospital Kuala Lumpur Dr Gan Eng Hui, glaukoma adalah penyakit saraf mata progresif. Ia boleh berkembang serius seiring usia dan menyebabkan buta kekal jika tidak dikawal.

“Lazimnya penyakit ini mempunyai kaitan dengan tekanan bola mata yang tinggi. Bayangkan, jika memegang sebiji bola biasa, kita tahu ada tekanan di dalamnya. Namun jika tekanan dalam bola terlalu tinggi, kita akan rasa ia sangat tegang. Begitu juga halnya dengan mata.

“Namun demikian, tidak semua orang berdepan situasi sama. Masih ada individu yang memiliki tekanan bola mata normal, tetapi menghidap glaukoma. Sebab itulah pengesanan awal itu penting, terutama bagi mereka yang mempunyai sejarah penyakit sama dalam keluarga,” katanya.

Seseorang itu mungkin tidak sedar dia menghidap glaukoma kerana tiada gejala khusus seperti kebanyakan penyakit lain. Pada peringkat awal, pesakit mungkin hilang penglihatan dari tepi.

“Lama-kelamaan, jika tidak dirawat, glaukoma boleh merebak hingga ke tengah. Apabila keadaan ini berlarutan, pesakit mungkin terpaksa menerima hakikat mengalami buta kekal,” 

Dan tiada jawapan jelas yang boleh diberi kepada umum melainkan mereka melalui ujian pengesanan awal dan mengetahui jenis glaukoma dihidapi.

“Jenis paling umum adalah glaukoma sudut terbuka (OAG). Ia disebabkan tekanan terlalu tinggi di dalam bola mata (tekanan intraokular atau IOP). Glaukoma ini tidak menunjukkan gejala tertentu, berbeza dengan glaukoma sudut tertutup (ACG).

“Mata mereka akan sakit apabila tekanan bola mata meningkat, merah dan kabur. Jika tekanan terlalu tinggi, pesakit mungkin boleh mengalami sakit kepala dan muntah. Begitupun, ini bukan kesan atau gejala yang dialami majoriti pesakit kerana kebanyakan individu memang tidak mengalami sebarang simptom,” katanya.

Tambahnya, ramai yang keliru antara gejala glaukoma dengan migrain dan masalah rabun. Memang ada yang sakit kepala, mengalami mata merah dan mual, tetapi ia mungkin kerana bekerja di dalam gelap.

“Bagi pesakit ACG, jika mereka pergi ke tempat gelap, penglihatan akan menjadi lebih sempit. Situasi sebegini boleh meningkatkan risiko tekanan pada bola mata lebih tinggi,” katanya.

Kenali Tanda Silau

Silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur. selalu terjadi semasa lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza.

Rabun silau selalunya datang bersama-sama rabun jauh dan rabun dekat. tanda penghidap rabun silau adalah berbeza antara individu. penghidap rabun silau yang sedikit tidak mengalami sebarang tanda.

Anda Dan Gejala Silau
1. Mata Kabur Pada Sebarang Jarak
2. Mata Letih
3. Juling (Keadaan Mata Yang Tidak Selari Antara Satu Sama Lain)
4. Sakit Kepala
5. Susah Memandu Pada Waktu Malam Dan Kadang- Kadang Pandangan Nampak Dua
6. Mata Sering Berkelip Atau Sering Menutup Mata